Forever Young!
sweet owner

Touch this picca!



Diaries Owner Linkies Stuff

Holla peeps ! welcome to my secret life. Hehe >.< Follow me. Thank you :D


Bigfoots!

Put your CBOX codes here!


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Your Name
Others:   


Permata Pintar UKM2

Assalamualaikum, haii :)

Ok, aku still penat baru balik dari SMK Syed Ahmad Bukhary. Buat ujian Permata Pintar UKM2. 3 jam berkabung dalam makmal tuu dengan soalan 300 lebih. Mula dari pukul 2 sampai pukul 5. Aku, Humairah, Natrah and Aishah keluar pada kelas pukul 1.30. Time nak keluar kelas tu kelakar doe. Nak pegi jawab soalan je pun tapi kitorg salam dengan suma budak ppuan dalam kelas. Mimi cakap macam baru keluar AF je xD kahkahkah. Humairah laa yang pegi salam diorg. Aku salam dengan geng aku je dah cukup.

Time nak keluar, dekat pintu pagar, pak guard halang kami dengan air. Time tu dia tengah siram pokok. Dia tanya kitorg nak pegi mana. Kitorg jawab laa nak kena pegi sekolah Bukhary, dia kata ada surat sekolah tak. Kitorg jawab ada, then dia sambung siram pokok dia sambil tanya kitorg macam-2. Sengaja nak buang masa kitorg ! time tu dah pukul 1.30 lebih daa. Kitorg kena tunggu laa sampai dia habis siram. Bila dia bagi IC yang mak Aishah tinggalkan dekat pondok guard, kami pun nak pegi dekat keta kakak Humairah. Kakak dia dah tunggu. Bila nak langkah keluar je, cikgu kaunseling yang baru masuk kawasan sekolah dengan kereta tanya kitorg nak pegi mana. Kitorg jawab nak pegi jawab ujian pelajar pintar, then cikgu cakap buat elok-elok.

Banyak gila sekolah dekat kawasan tu sampai kitorg taktau yang mana satu sekolah Bukhary tapi kami jumpa jugak laa. Time masuk tu, rasa janggal oh. Kat sekolah tu, diorang buat majlis akhir ramadhan. Sekolah aku tak pernah buat pun. Baru sampai je sekolah tu, dah jumpa budak hensem xD haha. Diorg buat persembahan atas stage. Aku sampai sana, satu je tempat yang aku cari, surau ! Nak kena solat zohor dulu. Kitorg tanya cikgu dekat situ, then dia kata dekat hujung. Kitorg pun jalan then kena lalu dekat tepi kelas. Budak laki kelas tu macam terencat akai ja pun -..- diorg dok bersiul, mintak numb Humaira. Bahaya oh jalan dengan Humairah.

Sampai surau, kitorg nak solat laa then ada orang tengah belajar dalam surau. Tak jadi nak solat. Kami patah balik, pegi makmal. Budak laki tadi still menggila. Mintak numb Himaira. Nasib aku jalan dengan Aishah, takda laa terasa jadi hotstuff sangat xP hehee. Perkara yang paling menyedihkan aku ialah aku tertinggal solat zohor :(

Time jawab soalan tu, mula-2 senang, makin lama makin susah. Bengong otak aku nak jawab. Time kena hafal numb, abang pakai kopiah tu datang and tengok IC aku. Aku nak je tutup muka aku. Maluu. Dah laa muka dalam IC macam orang apa je. Tapi takpaa, buat cool beb ! Then abang tu tanya aku time aku tengah menghafal numb. "Nabila form berapa?" dia tanya. Mula-2 aku abaikan je sebab nak hafal numb then dia tanya lagi sekali. Aku pun terpaksa jawab. Hilang dahh numb yang aku hafal tadi. Haiyaaa. IC aku sorg je yang dia tengok. Tau laa muka aku hodoh pun :| Soalan subjektif BM susah. Lain dia tanya, lain aku jawab. Seperti kebiasaan, kalau aku tengah bengong sure aku lipat tudung macam budak nerd. Sifat tu tidak boleh dibuang dari diri aku. Aku kan unik ~ :p Seriously, aku rasa aku tak lepas bent kali ni. Tapi pape pun, tetap doakan yang terbaik buat aku. Wish me luck !

PAST | PRESENT